Jika bertempur di
tengah medan,
Kain sutera pembalut
luka,
Keras kulitnya berjalan
perlahan,
Binatang apakah cubalah
teka?
Teka teki 2
Batangnya lembut daunnya lebar,
Sungguh mudah hendak ditebang,
Di merata tempat sudah tersebar,
Digoreng panas enak dihidang.
Teka-teki
3
Haiwan bergelar siburuk
rupa,
Suka memanjat pohon
kelapa,
Kalau adik bijak
laksana,
Haiwan apa sedemikian
rupa ?
Kura-kura dan Monyet
Pada
zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura
suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke
sebatang pokok kerana mencari makanan.
Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman
kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi
gagal.
Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa seronoknya monyet
mendapat makanan kegemarannya itu.
Monyet mencampakkan kulit-kulit pisang
yang dimakannya itu ke bawah pokok.
Kura-kura sangat marah. Hilang
sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok berduri,
lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya
yang hanya mementingkan diri sendiri.
Setelah kenyang, monyet melompat turun daripada
pokok. Kakinya telah tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia.
Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.
Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh
mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai. Dengan
sekuat tenaganya, monyet mencampakkan kura-kura ke dalam sungai.
Hatinya begitu
puas melihat badan kura-kura tenggelam.
Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya ke tempat kegemarannya, iaitu air.
Monyet sangat marah kerana ia diperbodohkan oleh kura-kura.
Bahan Bantu Mengajar untuk Penerangan :
( MODEL BERGAMBAR )
PISANG
Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya ke tempat kegemarannya, iaitu air.
Monyet sangat marah kerana ia diperbodohkan oleh kura-kura.
Bahan Bantu Mengajar untuk Penerangan :
( MODEL BERGAMBAR )
PISANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan