Pada zaman
dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata
tempat. Dia juga sering membawa seekor monyet kesayangannya. Pada suatu hari
pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet
kesayangannya.
Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut bergelora.
Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. Semua di dalam kapal itu meninggal
dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet terselamat. Ia berpaut pada sebatang
kayu.
Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang besar, tiba-tiba seekor ikan
lumba-lumba menghampirinya. ''Wahai monyet, saya kasihan melihat kamu.
Naiklah ke atas belakang saya, saya akan bawa kamu ke tempat yang selamat",
kata ikan lumba-lumba.
"Terima kasih kerana selamatkan saya,'' kata monyet. Monyet terus
naik ke atas belakang ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju
ke darat. Sebelum sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui
pulau tersebut, monyet mempermainkan ikan lumba-lumba.
''Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah
rakyat di pulau ini dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. di pulau
ini juga terdapat makanan yang banyak,'' kata monyet. Ikan lumba-lumba
hanya terdiam mendengar kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan
dirinya. Ikan lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia ataupun haiwan.
Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. Ia membawa monyet ke pulau itu.
''Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini.Kamu tentu boleh hidup senang -lenang
di pulau ini,'' kata ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet
di situ dan terus pergi dari situ.
Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis kerana menyesali
kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan kepada ikan
lumba-lumba yang telah menolongnya.
Nilai-nilai Murni
- Baik hati
- Berani
- Bijak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan