SINOPSIS
Pak
Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Oleh kerana
Mak Labu tidak boleh mengandung, Pak Ali telah berkahwin dengan Mak Kundur.
Kemudian, Kundur telah melahirkan anak perempuan yang diberi nama Bawang Putih
dan diikuti oleh Mak Labu yang menamakan anaknya sebagai Bawang Merah. Keperibadian
Bawang Putih berbeza dengan Bawang Merah yang merupakan seorang anak yang taat,
baik hati dan lemah lembut.
Suatu hari, Pak Ali bersama Bawang Merah telah
pergi memancing ikan sembilang dan dalam kejadian itu Pak Ali telah mati disengat
oleh ikan sembilang . Kehidupan Mak Labu dan Bawang Merah semakin perit setelah
kematian Pak Ali dengan sikap cemburu Mak Kundur yang telah bertekad untuk
membunuh Mak Labu. Mak Kundur telah menolak Mak Labu jatuh ke dalam perigi dan
Mak Labu telah menjelma menjadi seekor ikan kaloi.
Apabila Mak Kundur
mengetahui hal ini beliau telah menangkap ikan kaloi tersebut lalu ikan itu
dimasak gulai dan diberi makan kepada Bawang Merah. Setelah mengetahui hal
tersebut, Bawang Merah telah mengutip tulang-tulang ikan tersebut dan ditanam
sehingga tumbuh menjadi sebatang pohon beringin berserta buaian. Bawang Merah
telah menjadikan pohon tersebut sebagai tempat bermain dan menyanyi.
Suatu
hari, ketika sedang leka menyanyi di atas buaian tanpa disedari perbuatannya
telah diperhatikan oleh Datuk Hulubalang dan Datuk Panglima lantas memaklumkan
hal tersebut kepada Raja. Lantaran itu, Raja berhasrat untuk menemui Bawang
Merah tetapi bawang putih telah menyamar sebagai Bawang Merah namun diketahui
oleh Raja. Akhirnya, Bawang Merah telah berkahwin dengan Raja dan ditabalkan
sebagai permaisuri.
Walau bagaimanapun, Mak Kundur masih berdendam dan dengki
terhadap Bawang Merah dan telah membuat pelbagai rancangan yang menimbulkan
kemurkaan Raja terhadap Bawang Merah. Namun akhirnya perbuatan Mak Kundur ini
diketahui oleh Raja lantas Mak Kundur dan Bawang Putih telah dihalau keluar
dari istana.
Nilai-nilai murni:
- Ketaatan
- Adil atau tidak berat sebelah
- Kesabaran
- Baik hati
- Kasih sayang
- Nilai Keikhlasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan