Ahad, 4 Mei 2014

SASTERA TRADISONAL




APA ITU SASTERA TRADISIONAL ?

Sastera penting dalam kehidupan kita. Menurut Harun Mat Piah, (1993) kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat. Hal ini membuatkan kebanyakan karya yang dijumpai tidak dinyatakan nama penulis atau pengarang. Antara karya sastera ialah novel, cerpen, peribahasa, teka-teki, sajak dan sebagainya. Karya-karya ini mengandungi nilai-nilai kehidupan tersendiri seperti kasih sayang, hormat-menghormati, kerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya.


            Karya-karya sastera terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sastera lisan, sastera tulisan dan sastera bertulis. Antara karya yang tergolong dalam sastera lisan ialah peribahasa, pantun, mentera, teromba, gurindam, seloka dan teka teki. Antara karya yang tergolong dalam sastera tulisan pula ialah novel, cerpen dan drama. Sastera bertulis berbentuk bukan cerita pula ialah esei dan sajak. Karya-karya sastera adalah menawan hati dan menyentuh perasaan terharu, sedih, ngeri, gembira dan sebagainya. Hasil-hasil karya sastera yang bermutu adalah meletakkan setiap perkataan pada tempatnya yang terdapat dalam sesuatu ayat dan sesuai bunyinya mengikut tatabahasa.

Peranan sastera tradisional dalam pembangunan modal insan  



Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, ada jati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa tersebut, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan menyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.


            Pada  peringkat sekolah kesusasteraan Melayu memainkan peranan sebagai satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan