Ahad, 4 Mei 2014

CERITA JENAKA



Pak Belalang



                                                                                                    Sinopsis

Pada suatu hari, seorang juragan datang ke negeri Raja Indera Maya. Beliau datang dari sebuah negeri ke negeri dengan membawa anak itik yang baharu sahaja menetas. Beliau meminta dikenalkan jantan betina anak-anak itik itu dengan hasratnya negeri Raja Indera Maya diserahkan kepadanya jikalau Raja gagal untuk kenalkan jantina anak itu itu.



Tiga buah kapal si juragan akan diberikan kepada Raja Indera Maya kalau berjaya mengenalkan jantinanya. Raja Indera pun memanggil Ahli Nujum Belalang untuk menolongnya . Setelah Ahlil Nujum Belalang mendengar titah baginda , dia termenung seketika. Pak Belalang meminta diberikan tempoh tiga hri untuk mencari jawapannya. Dua hari pun telah berlalu.



Pada malam hari kedua itu, Pak Belalang berkayuh dekat-dekat kapal juragann untuk mendengar perkhabaran itik itu. Isteri Juragan bertanya kepada suaminya untuk bagaimana untuk mengenal pasti jantina anak itik itu. Juragan memberitahunya bahawa kalau kedua-dua itik itu dilepaskan di dalam terenang yang dipenuhi air, itik yang menyelam dahulu ialah betina. Pak Belalang sangatlah suka hati setelah mendengar percakapan suami isteri itu.



Pada hari ketiga pula, Ahli Nujum Belalang berjumpa dengan juragan. Dia pun memberitahu juragan cara-cara untuk mengenal pasti jantan betina itik itu. Juragan terperanjat lalu menyerahkan kapal-kapalnya kepada Raja Indera Maya. Juragan pulang dengan dukacita serta kesal mengkhabarkan rahsia itu kepada isterinya.





Nilai-nilai murni
  1. Taat perintah raja
  2. Yakin diri
  3. Bertimbang rasa
  4. Bertawakal
  5. Bersifat penyayang





PAK KADUK

  

SINOPSIS


Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.

Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.

Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampong halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.

Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.





Nilai-nilai murni


  1. Rasional
  2. Adil
  3. Taat kepada perintah Allah
  4. Sabar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan