RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 8 Mei 2014
Hari :
Khamis
Tahun :
4 Amanah
Bil.
Murid :
30 orang
Masa : 8.00 pagi – 8.40
pagi (40minit)
Mata
Pelajaran :
Bahasa Melayu
Tema : Kisah dan Teladan
Tajuk :
Kura-kura dan Monyet
Hasil
Pembelajaran :
Hasil
Pembelajaran
|
Huraian Hasil
Pembelajaran
|
HPU
7.0 Membaca,
menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
HPK
2.0 Bercerita
dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.
|
Aras 2 (i)
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat
berdasarkan bahan yang dibaca.
Aras 3 (ii)
Menghuraikan sesuatu perkara yang
didengar dengan bahasa yang betul.
|
Objektif
: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat:
i.
Murid dapat menyenaraikan
sekurang-kurangnya 3 nilai murni yang terdapat dalam cerita teladan.
ii.
Murid dapat mengaplikasikan nilai murni
dalam kehidupan seharian.
Kemahiran
Bahasa : Mendengar,
Bertutur, Menulis
Sistem
Bahasa :
Sebutan dan intonasi.
Pengisian Kurikulum
:
i.
Ilmu :
Sastera dan sosial
ii.
Nilai :
Kerajinan, bijaksana, kesabaran
iii.
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai
Bahan Bantu Mengajar
:
Kertas
A4, komputer riba, blog, kepingan gambar, kain penutup mata, sampul surat, dan model
teka silang kata.
Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid
pernah mendengar cerita teladan yang lain dan mengetahui beberapa nilai murni.
Langkah
/ Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Induksi
Set
(5
minit)
|
Tayangan teka-teki.
(rujuk lampiran 1)
|
1. Guru
menayangkan teka-teki.
2. Murid
membaca teka-teki yang diberikan.
3. Guru
bersoal jawab dengan murid bagi mendapatkan jawapan kepada teka-teki yang
ditayangkan.
4. Guru
mengaitkan jawapan teka-teki dengan isi pelajaran yang akan dipelajari pada
hari ini.
|
Teknik: Penyoalan
BBM :
Komputer riba, blog
BCB :
Menjana idea
KB :
Menghubung kait
Nilai :
- Berani
- Yakin
|
Langkah
1
(5
minit)
|
Teks cerita “Kura-kura dan Monyet”.
(rujuk lampiran 2)
|
1. Guru
menceritakan kisah “Kura-kura dan Monyet”.
2. Guru
mengedarkan teks cerita “Kura-kura dan Monyet”.
3. Guru
meminta murid meneliti teks dan mencari nilai terkandung dalam teks cerita
tersebut.
|
Teknik:
Bercerita
BBM :
Teks cerita
BCB :
Mendengar dengan aktif
Nilai:
Yakin
|
Langkah
2
(5
minit)
|
Teks cerita “Kura-kura dan Monyet”.
(rujuk lampiran 2)
|
1. Guru
akan menayangkan gambar kura-kura dan monyet.
2. Guru
akan bertanya perwatakan yang ada pada kura-kura dan monyet.
3. Guru
menerangkan maksud “nilai”.
4. Guru
akan meminta murid menyatakan nilai yang ada pada watak kura-kura berserta
contoh.
5. Guru
akan mengulas semula jawapan murid.
|
Teknik: Penerangan
BCB :
-Mendengar dengan berkesan
- Mengingat
semula
ABM :
Kepingan gambar
Nilai :
- Berkerjasama
|
Langkah
3
(10
minit)
|
1. Guru
meminta 10 orang pelajar ke hadapan untuk melibatkan diri dalam permainan.
2. Guru
menerangkan arahan yang perlu dipatuhi dalam permainan.
3. Pelajar
yang dipilih dalam permainan akan diberi sampul yang mengandungi soalan
berkaitan dengan tajuk cerita.
4. Pelajar
yang menjawab soalan akan menjadi watak “nenek” dan begitulah seterusnya.
|
ABM:
- Kain
penutup mata
- Sampul
surat
BCB:
- Mengingat
dengan berkesan
- Menjana
idea
Nilai :
- Berani
|
|
Langkah
4
(10
minit)
|
- Teka
Silang Kata
(Lampiran
3)
|
1. Guru
menerangkan peraturan dalam aktiviti “Teka Silang Kata”.
2. Guru
mengedarkan lembaran soalan kepada murid.
3. Murid
diberi masa untuk menjawab.
4. Guru
memanggil beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk menjawab soalan lalu
mengisi “Teka Silang Kata”.
|
ABM :
- Model
“Teka Silang Kata”
- Lembaran
soalan
BCB :
- Menjana
idea
- Berfikir
secara berkesan
Nilai :
- Berani
- Rasional
|
Penutup
|
- Apakah
nilai yang kamu perolehi dalam cerita?
- Tayangan
video yang mengandungi nilai-nilai murni.
|
1. Murid
menjawab soalan daripada guru.
2. Guru
membuat rumusan tentang isi pelajaran.
3. Guru
menayangkan video sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
|
Teknik:
Menerang
BCB:
Mendengar secara berkesan
ABM : Video
|
Refleksi :
LAMPIRAN
1
Teka-teki
1
Jika bertempur di
tengah medan,
Kain sutera pembalut
luka,
Keras kulitnya berjalan
perlahan,
Binatang apakah cubalah
teka.
*Jawapan : Kura-kura
Teka teki 2
Batangnya lembut daunnya lebar,
Sungguh mudah hendak ditebang,
Di merata tempat sudah tersebar,
Digoreng panas enak dihidang.
*Jawapan : Buah pisang
Teka-teki
3
Haiwan bergelar siburuk
rupa,
Suka memanjat pohon
kelapa,
Kalau adik bijak
laksana,
Haiwan apa sedemikian
rupa?
*Jawapan : Monyet
LAMPIRAN
2
Kura-kura dan Monyet
Pada
zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura
suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke
sebatang pokok kerana mencari makanan.
Setelah lama menunggu,
buah pisang tanaman kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah
pisangnya tetapi gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa
seronoknya monyet mendapat makanan kegemarannya itu. Ia
tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menunggu di bawah pokok itu.
Monyet mencampakkan kulit-kulit pisang yang dimakannya itu ke bawah pokok.
Kura-kura
sangat marah. Hilang sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok
berduri, lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar
kawannya yang hanya mementingkan diri sendiri.
Setelah
kenyang, monyet melompat turun daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri
tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah,
namun kura-kura tidak merasa sakit. Apabila
kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet
pun memikul kura-kura ke tepi sungai. Dengan sekuat tenaganya,
monyet mencampakkan kura-kura ke dalam sungai.
Monyet berasa sangat puas hati apabila dia melihat badan kura-kura telah mula tenggelam. Tidak lama kemudian, kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya ke tempat kegemarannya,
iaitu air. Monyet sangat marah kerana ia diperbodohkan oleh kura-kura.
LAMPIRAN
3
1. Aishah
dan rakan-rakannya bersama-sama menyiapkan tugasan kumpulan
- Nita sentiasa merendahkan suara apabila bercakap dengan orang tua.
- Sofia tidak pernah
- Abu tidak takut kepada pembuli itu.
- Amir selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan
6. Siti boleh melakukan apa sahaja tanpa bantuan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan